Pertandingan Debat Ala Parlimen Bahasa Melayu sempena dengan Sambutan Karnival “Engineering Week 2018”

Fakulti Kejuruteraan Awam di bawah kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (SMFKA) telah menganjurkan satu pertandingan debat antara semua fakulti kejuruteraan demi menyambut baik hasrat memeriahkan lagi karnival “Engineering Week 2018”. Pertandingan debat ini telah dijalankan pada 14 November 2018 yang lalu pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Keempat-empat fakulti kejuruteraan yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) telah menghantar tiga orang bagi mewakili fakulti mereka untuk berentap idea perdebatan. Pertandingan ini telah dijalankan serentak secara langsung di B2-A8-5/6 dan B2-A8-9/10.

Bagi pusingan pertama, FKA telah bertemu dengan FKE membawa usul perdebatan “Adakah sistem pengajian kejuruteraan di Malaysia perlu diperbaharui?” di B2-A8-9/10. Manakala untuk FKK dan FKM pula, usul perdebatannya adalah “Adakah jurutera sebagai penyelesai masalah.” di B2-A8-5/6. Perdebatan telah berlangsung hampir satu jam setengah bagi setiap pusingan.

Pemenang bagi pusingan pertama iaitu FKE dan FKK terus dibawa ke pusingan akhir untuk beradu idea bernas bagi mengakhiri perdebatan usul yang bertajuk “Stesen petrol ditukarkan ke stesen pengecas kenderaan elektrik.”

FKK telah muncul sebagai juara bagi pertandingan debat antara fakulti kejuruteraan buat julung-julung kalinya. Pemenang telah menerima sijil dan wang tunai. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan di acara penutupan Engineering Week 2018 pada jam 2.00 petang hari yang sama.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para juri yang bijaksana kerana telah mengadili Pertandingan Debat Ala Parlimen Bahasa Melayu Bersempena dengan Sambutan Karnival “Engineering Week 2018”. Mereka terdiri daripada:

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) – Ts Irma Noorazurah Mohamad
Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) – Dr Aziati Husna bt Awang
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) – Dr Azlin Mohd Ali
Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) – Mohammad Aidil Bin Ali

Foto yang menarik:

 

0
0