Majlis Penutupan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat UiTM 2018 Meriah

Majlis Penutupan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat UiTM 2018

Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menganjurkan Majlis Penutupan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat UiTM 2018 di Anjung Dewan Sri Budiman pada 21 November 2018.

Program sehari ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan Bahasa Kebangsaan kepada warga UiTM melalui pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Apresiasi Bahasa, Pertandingan Inovasi (Bahasa & Budaya) dan Pertandingan Permainan Tradisional.

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Dekan APB, Prof.Madya Dr. Ahmad Mazli bin Muhammad. Majlis turut disertai oleh Timbalan Dekan HEP FSKM, Dr Shaharuddin Che Soh.

0
0