Sambutan Bulan Zakat UiTM

Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf (PZSW) ACIS, UiTM akan menganjurkan Sambutan Bulan Zakat UiTM (Disember 2018) bermula 1 hingga 28 Disember 2018 untuk memberi peluang kepada semua warga UiTM dan masyarakat luar menunaikan zakat di kaunter PZSW di aras bawah masjid UiTM, Shah Alam.

Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya  Pertandingan Zakat Kaunter  dan  hadiah cenderahati kepada pembayar zakat sepanjang kempen tersebut.


Terdapat 3 kategori Pertandingan Zakat Kaunter dengan 9 hadiah iaitu Fakulti/Jabatan bilangan pembayar tertinggi, Fakulti/Jabatan jumlah zakat tertinggi dan Cawangan jumlah zakat tertinggi.


Lebih 500 hadiah istimewa kepada pembayar mengikut nilai zakat seperti beg, payung, tuala, termos, buku, kalender 2019 dan sebagainya (setiap orang dapat sehingga penghabisan stok).


PZSW juga menyediakan perkhidmatan taksiran pelbagai jenis zakat, termasuk qada’ zakat dan pengiraan semula jumlah zakat di kaunter PZSW.


Jom tunai zakat  di kaunter PZSW UiTM. Zakat anda dipulangkan semua untuk manfaat asnaf anak-anak pelajar dan staf UiTM. Zakat UiTM untuk asnaf UiTM.


“Jom Berzakat. Suburkan Jiwa, Sucikan Harta”

0
0