Program Minggu KARYAONE 21

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana akan menganjurkan Minggu KaryaONE 21.

KaryaONE 21 merupakan sebuah program seni anjuran FiTA yang diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk mempamerkan bakat dan hasil seni kreatif mahasiswa/i kepada umum. Antara program utama yang bakal berlangsung ialah Majlis Amanat Dekan, Wacana Seni bersama Pemimpin, Malam Promosi Filem, FiTA Cosplayer, Clash of Talents, Teguh Rasa, Zumba Masterclass Neon Fit Party, dan FiTA KaryaONE awards.

Pihak fakulti dengan penuh hormat dan berbesar hati ingin menjemput  warga UiTM ke acara gilang gemilang ini pada 4 – 7 Disember 2018 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM.

Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi di www.karyaone.com atau menghubungi Tuan Syed Harun S. Mohd (Pengarah Jemputan) di talian 012-960 2967 atau Puan Ratnasari Suardi (Penolong Pengarah Jemputan) di talian 012-212-5039.

 

0
0