Pendedahan terhadap Kawasan Batuan Berhampiran UiTM Puncak Perdana kepada Pelajar Kejuruteraan Geologi FKA

Pelajar ECG417 – Kejuruteraan Geologi yang menghadiri kerja lapangan bersama Dr. Norliana Sulaiman dan Ts. Ir. Noorfaizah Hamzah

Para pelajar yang mengambil kursus ECG417 – Kejuruteraan Geologi telah diwajibkan menghadiri kerja lapangan (site visit) di kawasan batuan berhampiran UiTM Puncak Perdana. Program kerja lapangan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 17 November 2018.

Program setengah hari ini telah berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program kerja lapangan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar melakukan kerja-kerja lapangan berkaitan mekanik batuan di samping mengumpul data bagi menyediakan laporan kerja lapangan yang membawa 10% markah daripada keseluruhan markah bagi subjek ini.

Ts. Ir. Noorfaizah Hamzah dan Dr. Norliana Sulaiman bersama pelajar FKA

Aktiviti kerja lapangan ini membantu para pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam untuk lebih memahami dan mengendalikan sendiri kerja-kerja mekanik batuan.

Sepanjang tempoh kerja lapangan tersebut, terdapat 3 alatan dari makmal yang di bawa ke lapangan iaitu Rebound Hammer, Portable Point Load Test dan Brunton Compass. Para pelajar dikehendaki menggunakan alatan tersebut dan mendapatkan maklumat kajian berkenaan semasa lapangan bagi penyediaan laporan secara berkumpulan.

Alatan dari makmal yang digunakan semasa di lapangan

Alatan dari makmal yang digunakan semasa di lapangan

Semasa aktiviti ini, para pelajar telah ditemani oleh 2 orang pensyarah pengiring iaitu Dr. Norliana Sulaiman dan Ts. Ir. Noorfaizah Hamzah yang merupakan tenaga pengajar bagi subjek ini. Diharap program seumpama ini, akan mendapat menyemai penghargaan terhadap kejuruteraan batuan dan geologi sebagai sumber alam yang terhad dan diharap aktiviti seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun yang akan datang.

Foto yang berkaitan:

0
0