Library Day di UiTM Puncak Perdana

SHAH ALAM 16 Nov. – Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Library Day di Perpustakaan Tun Abdul Razak di Kampus Puncak Perdana dekat sini mulai hari ini sehingga esok.

Pegawai Komunikasi Korporat FiTA, Julina Tajul Ariffin berkata, dalam program tersebut, buku-buku yang dikumpulkan oleh para pelajar sebelum ini akan diberikan secara percuma kepada pengunjung perpustakaan berkenaan.

“Program tanggungjawab sosial korporat ini bertemakan Baca, Cintai dan Pilihlah Buku. Objektif penganjuran adalah untuk mengeratkan hubungan di antara UiTM Kampus Puncak Perdana dengan komuniti sekitar. Di samping itu, program ini juga bertujuan menggalakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sepanjang program berkenaan seperti cabutan bertuah, melukis dan mewarna serta permainan. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Abdul Razak Idris
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/library-day-di-uitm-puncak-perdana-1.788600#ixzz5XG8t9F1o
© Utusan Melayu (M) Bhd

0
0