UiTM Pulau Pinang Terima Anugerah “The Duke of Edinburgh’s International Award-Gold Award”

Cyberjaya 10 November 2018 (Sabtu) -Syabas dan tahniah kepada dua (2) mahasiswa UiTM Cawangan Pulau Pinang kerana telah mendapat pentauliahan dan pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda tahap Emas 2017/2018 “The Duke of Edinburgh’s International Award” Gold Award.

Mereka ialah, Saudara Jhazfazliel Idlan Shya Bin J. Hamsah, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (EM110/05) dan Saudari Syafiqah Binti Salleh, Diploma Occupational Therapy (HS115/03).

Penyampaian sijil kepada Syafiqah

Para penerima anugerah berprestij ini diiktiraf atas segala sumbangan istimewa dan tahap tertinggi yang dicapai oleh mereka atas bidang tertentu yang disahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing. Majlis pentauliahan ini disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Shaftbury Asteria, Cyberjaya. Semoga menjadi inspirasi kepada semua.

Foto menarik:

Saudari Syafiqah Binti Salleh
Saudara Jhazfazliel Idlan Shya Bin J. Hamsah
Penyampaian sijil kepada Jhazfazliel Idlan Shya

 

0
0