FKA dinobatkan sebagai juara keseluruhan SASSA UiTM 2018

FKA juara keseluruhan SASSA UiTM 2018

Tahniah dan syabas kepada kontingen Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Shah Alam kerana telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Antara Staf Shah Alam (SASSA) 2018 yang telah berlangsung dari 5-28 Oktober 2018. Kontingen FKA telah memungut 5 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa dan berjaya mengetepikan juara bertahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Piala Keseluruhan SASSA 2018

4 pingat emas telah disumbangkan dari sukan tenpin bowling, 1 emas dari tenis double lelaki. 1 perak dari bola jaring, 2 gangsa dari acara petanque dan pingpong berpasukan.

Kontingen FKA telah menghantar seramai 80 atlet bagi acara badminton, bola tampar, bola jaring, ping pong, tenpin boling, petanque, tenis double, memanah dan PS4 fifa.

Syabas kepada kontingen FKA.

 

 

 

 

 

Foto menarik:

Pasukan memanah FKA 2018
Pasukan Ping Pong FKA 2018
Pasukan Tenpin FKA 2018

 

 

1
0