FKA Alumni Charity Golf Open 2018

Kelab Alumni Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) akan menganjurkan program ‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’.Butiran program adalah seperti berikut:

Program : FKA Alumni Charity Golf Open 2018
Tarikh : 18 November 2018
Masa : 12.00 tengahari – 9.00 malam
Tempat : Amverton Cove Golf & Island Resort @ Pulau Carey

Program ‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’ bersempena dengan Sambutan Alumni Kejuruteraan Ke-50, adalah merupakan program khidmat masyarakat anjuran Kelab Alumni FKA. Program ini bertujuan dalam mengumpul dana untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik membayar yuran pengajian mereka, dan juga untuk disumbangkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian pascasiswazah dan mengikuti program mobiliti. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menjana tabung Kelab Alumni FKA selain menggalakkan orang ramai menyumbang dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan seperti ini.

Pihak kami juga amat mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Tuan/Puan untuk turut serta dalam memeriahkan program amal kami ini. Di sini, kami sertakan lampiran surat jemputan, surat sokongan dan poster program ‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’. Di sini juga disertakan link program bagi tujuan pendaftaran dan sebarang bayaran/sumbangan juga boleh dibuat kepada akaun yang tertera dibawah:-

‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’ : https://goo.gl/forms/EIQs8ywPFvMcJVrS2

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai program, Tuan/Puan boleh menghubungi Dato’ Rozlan di talian 019-2117654, Encik Azerai di talian 012-3404099, Puan Hazrina di talian 017-2178183 dan Encik Aruan di talian 017-4041979.

 

0
0