Program Bicara Alumni  bersama Aminar Rashid Salleh : Buka Minda Pelajar

Program Bicara Alumni  bersama Datuk Dr. Hj. Aminar Rashid bin Salleh

Seramai kira-kira 300 orang  peserta program  terdiri daripada mahasiswa UiTM Shah Alam terutamanya pelajar Kolej Perindu dan Staf Residen Kolej Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Shah Alam telah menyertai program Bicara Alumni  anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu (JPK) Kolej Perindu UiTM Shah Alam.

Program Bicara Alumni  bersama Datuk Dr. Hj. Aminar Rashid bin Salleh,  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA). Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UiTM hadir untuk memberi perkongsian dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemahaman dunia luar khususnya dalam alam kerjaya.

Beliau yang merupakan alumni Kolej Perindu UiTM Shah Alam juga turut menzahirkan rasa gembira dapat pulang kembali memberi perkongsian kepada mahasiswa UiTM khususnya pelajar Kolej Perindu UiTM Shah Alam.

Foto-foto menarik:

 

0
0