Lawatan Mesra ke Rumah Pelajar

Dr Nur Atiqah Sia, Dr Ali dan Dr Nordin dari FSKM antara pensyarah yang yang membuat lawatan ke rumah pelajar

1 Nov 2018 – SHAH ALAM – Pusat Pengajian Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah membuat lawatan mesra ke rumah pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (CS230)di Desa Alam. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer, iaitu Dr Ali Seman.

Tujuan utama lawatan adalah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar dan juga mengeratkan silaturahim antara pensyarah dan pelajar. Lawatan ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk pelajar-pelajar di bawah pusat pengajian. Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak meringankan beban pelajar UiTM.

Dr Nordin bersama pelajar-pelajar CS230

 

0
0