Kutip sampah, pulihara penyu

Pensyarah dan kakitangn Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka menyertai goyong rotong membersiih pantai dan tapak penetasan penyu di Pengkalan Balak. – Foto Nazri Abu Bakar

MASJID TANAH: Lebih 100 pensyarah dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka menyertai program gotong-royong membersihkan Pantai Pengkalan Balak di sini, hari ini.

Program anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) itu membabitkan kerja pembersihan kawasan pantai sepanjang lebih dua kilometer, termasuk di lokasi pendaratan penyu.

Pengerusi program, Dr Azhar Harun, berkata peserta dibekalkan dengan plastik hitam dan setiap daripada mereka akan mengutip sampah-sarap di kawasan pantai itu.

Katanya, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan kumpulan terbanyak mengutip sampah diisytihar sebagai pemenang.

Pensyarah dan kakitangn Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka berpeluang melihat anak penyu dengan lebih dekat ketika menyertai goyong rotong membersiih pantai dan tapak penetasan penyu di Pengkalan Balak. – Foto Nazri Abu Bakar

“Program ini antara lain bertujuan merangsang kesungguhan peserta membersihkan sisa buangan plastik, kertas dan kayu terbiar di kawasan pantai. Selain membersihkan pantai, peserta turut melawat Pusat Konservasi dan Penerangan Padang Kemunting, Pengkalan Balak bagi mendalami proses pemuliharaan penyu.

“Peserta turut membersih tapak penetasan dan melawat galeri penyu,” katanya ketika ditemui.

Peserta, Arif Ali, berkata program itu membolehkan dia meningkatkan tahap kesihatan sambil menambah pengetahuan mengenai spesies penyu yang semakin pupus dan terancam.

 

Oleh: Nazri Abu Bakar
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/10/491855/kutip-sampah-pulihara-penyu

0
0