FKA UiTM Bantu Rakyat Syria

Larian Penta Kilo Charity Run 2018 (PKCR 2018) anjuran bersama Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alumni Fakulti Kejuruteraan. Larian ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Julai 2018 yang lalu bertempat di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Larian amal ini terbuka kepada semua peringkat umur. Larian dirasmikan oleh Dato’ Ir. Rozlan, selaku presiden Kelab Alumni Fakulti Kejuruteraan Awam juga Dr. Mohd Fadzil bin Haji Arshad, timbalan dekan Hal Ehwal Pelajar FKA.

Muhammad Izz Hakimi Bin Zaidi Farouk selaku pengarah Penta Kilo Charity Run 2018 (PKCR 2018) bersama Nurul Shafida Binti Ibrahim, AJK PKCR2018 telah memberikan dana cek kepada Syria sebanyak RM 2000.00 hasil larian amal ini melalui pihak MERCY Malaysia pada 10 Oktober 2018. Sumbangan menggunakan tabung MERCY dari orang ramai pula sebanyak RM 930.00 menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM 2930.00

Ahli Jawatankuasa PKCR 2018 telah memberi pingat larian kepada Amran Mahzan selaku Executive Director, MERCY Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada MERCY Malaysia.

0
0