FKA Alumni Charity Golf Open 2018

Kelab Alumni Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) akan menganjurkan program ‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’.

Butiran program adalah seperti berikut:

Program     : FKA Alumni Charity Golf Open 2018

Tarikh          : 18 November 2018

Masa             : 12.00 tengahari – 9.00 malam

Tempat        : Amverton Cove Golf & Island Resort @ Pulau Carey

Program ‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’ bersempena dengan Sambutan Alumni Kejuruteraan Ke-50, adalah merupakan program khidmat masyarakat anjuran Kelab Alumni FKA. Program ini bertujuan dalam mengumpul dana untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik membayar yuran pengajian mereka, dan juga untuk disumbangkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian pascasiswazah dan mengikuti program mobiliti. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menjana tabung Kelab Alumni FKA selain menggalakkan orang ramai menyumbang dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan seperti ini

Penyertaan amat dialu-alukan untuk turut serta dalam memeriahkan program amal ini.

Disertakan lampiran surat jemputan, surat sokongan dan poster program ‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’. Juga disertakan pautan program bagi tujuan pendaftaran dan sebarang bayaran/sumbangan juga boleh dibuat kepada akaun yang tertera dibawah:-

‘FKA Alumni Charity Golf Open 2018’        :  https://goo.gl/forms/EIQs8ywPFvMcJVrS2

Sebarang pertanyaan dan  maklum balas mengenai program, boleh menghubungi :

Dato’ Rozlan  019-2117654
Encik Azerai 012-3404099
Puan Hazrina 017-2178183
Encik Aruan 017-4041979

0
0