Konferensi ICT 2018

Pada tahun ini Pejabat Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur akan mengadakan Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 8 & 9 November 2018 dengan tema Digital Services Revolution: Stepping Into a New Era yang mana merupakan kesinambungan daripada seminar-seminar yang telah diadakan sebelum ini. Memandangkan dunia secara globalnya telah memasuki era IR4.0, Jabatan Infostruktur merasakan keperluan untuk memberikan pendedahan serta pendekatan strategik kepada pihak Pengurusan dan juga staf IT UiTM selaku teraju utama untuk mendokong hasrat universiti bagi menyahut cabaran IR4.0.

OBJEKTIF
Antara objektif Konferensi ICT 2018 ini adalah :

  1. Menyediakan platform kepada peserta untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan ICT sedia ada dan teknologi terkini melalui siri pembentangan berdasarkan trek berfokus.
  2. Memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi terkini, amalan terbaik dan kaedah yang berpotensi untuk diaplikasikan dalam memperkasakan infrastruktur dan perkhidmatan ICT Universiti.
  3. Menyediakan ruang dan peluang berlandaskan platform perbincangan dan perkongsian maklumat antara para peserta, penceramah, juga wakil organisasi atau industri mengenai penemuan, teknologi, dasar dan perkhidmatan ICT yang ditawarkan.
  4. Memberi pengiktirafan kepada kumpulan staf yang terlibat dalam menghasilkan inovasi ICT melalui pengautomasian proses dalam sistem penyampaian perkhidmatan universiti.

IMPAK

Keberkesanan program ini secara langsung dapat :

  1. Meningkatkan pengetahuan para peserta tentang teknologi terkini dan amalan terbaik sebagai langkah persediaan menghadapi era digital dan cabaran IR4.0.
  2. Menambahbaik tadbir urus ICT universiti, sistem perkhidmatan ICT dan penyampaian maklumat yang lebih efektif dan berkesan kepada warga UiTM.
  3. Menghasilkan Pelan Strategik ICT yang rapi dan terancang ke arah kemampanan UiTM memacu kecemerlangan secara global pada masa hadapan.
  4. Menggalakkan penghasilan inovasi ICT dikalangan staf ICT untuk menyokong PTJ dalam memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan, mudah dan cepat pada masa hadapan.

SASARAN PESERTA (TARGET AUDIENCE)

Program ini disasarkan kepada kumpulan tersenarai di bawah:

  1. Semua staf Skim F UiTM lantikan Pejabat Pendaftar seluruh Malaysia;
  2. Ahli Majlis Pengurusan Kanan UiTM termasuk Dekan, Ketua-Ketua Bahagian/Pusat dan Rektor-Rektor Kampus; Staf Akademik.

Sebarang maklumat berkaitan konferensi boleh di akses
di http://kict.uitm.edu.my ataupun https://www.facebook.com/Konferensi-ICT-2018-2096796270576424

0
0