WorldSkill Malaysia 2018 : Pelajar FPHP UiTM Terengganu memenangi pingat Emas dan Gangsa

7

Pemilihan awal World Skill Malaysia (Masakan) telah dijalankan di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) Puncak Alam pada bulan Mei 2018 dimana seramai 68 peserta telah mengambil bahagian dan hanya 8 terbaik telah dipilih ke peringkat.

Pertandingan akhir telah dijalankan pada 27 September 2018 – 30 september 2018, bertempat di Taylors University

Hasil daripada pertandingan akhir tersebut,  pelajar FPHP Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu telah memenangi 2 pingat iaitu:

Tempat pertama (Emas) : Saudara Muhammad Ikhwan Abdul Rahman
Diploma Seni Kulinari Semester 5

Tempat ke 3 (Gangsa) : Saudara Amierul Azraai Ahmad Yusuf
Diploma Seni Kulinari Semester 4

Saudara Muhammad Ikhwan Abdul Rahman berpeluang mewakili Negara ke World Skill 2019 di Kazan, Russia.

2
0