Mini Konvensyen KIK Zon Sarawak 2018

Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak kerana kecemerlangan penganjuran Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Sarawak pada 28 Ogos 2018 yang lalu dengan tema ‘Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Perkhidmatan’.

Secara keseluruhannya terdapat 4 kumpulan yang bertanding iaitu M-Strategic adalah kumpulan Hibrid gabungan antara Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Sarawak dan Hospital Umum Sarawak; Al-Itqon mewakili Unit Hal Ehwal Islam; Kolejen mewakili Unit Kolej Kediaman dan G13 Kenyalang mewakili Hal Ehwal Pelajar dan Polis Bantuan, UiTM Cawangan Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan yang meraih kejayaan.  Bagi kumpulan yang kurang bernasib baik, giatkan usaha anda dalam membudayakan inovasi di tempat kerja. Harapan InQKA agar kumpulan-kumpulan IK ini terus maju memacu wadah pembudayaan inovasi bukan hanya di gelanggang sendiri malahan mengharum ke pentas dunia.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada i) Rektor, UiTM Cawangan Sarawak – Profesor Dato’ Dr. Jamil Bin Hj Hamali; ii) Ketua Unit Kualiti, UiTM Cawangan Sarawak  – En. Yussri Sawani dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Sarawak.

SENARAI PEMENANG KONVENSYEN KIK ZON SARAWAK 2018

SENARAI PENARAFAN BAGI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Sumber: https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/about-us/news/120-mini-konvensyen-kik-zon-sarawak-2018

0
0