Mini Konvensyen KIK Zon Sabah 2018

Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah kerana kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK Zon Sabah pada 29 Ogos 2018 yang lalu dengan tema ‘Transformasi Digital Melalui Inovasi’.

Sebanyak 5 penyertaan telah diterima untuk dipertandingkan di Konvensyen UiTM Zon Sabah,  di mana kumpulan tersebut adalah Act-Cel, SumandaQ , UK5 , Rumandawi dan EzyFSKM Jesselton.

Projek-projek inovasi yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ini telah banyak menyumbang kepada penambahbaikan proses di tempat kerja, memberi impak kepada kecemerlangan operasi universiti secara menyeluruh serta semangat bekerja secara berkumpulan dapat diterapkan di kalangan staf.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan yang berjaya.  Untuk kumpulan yang kurang berjaya, teruskan usaha anda dalam mempergiatkan inovasi di tempat kerja. InQKA berharap agar kumpulan-kumpulan IK ini akan terus bersemangat menambahbaik inovasi yang dicipta agar dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada UiTM bahkan kepada organisasi luar.

Pihak InQKA juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Sabah – Prof. Madya Jasman Jaafar,  dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Konvensyen KIK Zon Sabah.

Gambar-gambar menarik:

Sumber: https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/about-us/news/119-konvensyen-kik-zon-sabah-2018

0
0