Foto Media Kreatif, ARISMA anjur “We Heard We Love”

Kuala Lumpur – Siswa Jabatan Foto Media Kreatif AD UiTM berkolaborasi bersama ARISMA (Akademi Remaja Islam Autisma) anjur Program We Heard We Love #autismspeak.

Program dimulakan dengan kunjungan siswa semester 5 seramai  58 orang yang diiringi dua orang pensyarah Puan Nik Nor Azidah Nik Aziz dan Puan Syaripah Mohaizah Sayed Mothar ke ARISMA di Ukay Perdana, Ampang.

Aktiviti ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pengetua ARISMA, Puan Siti Khadijah Anyah. Berbagai aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak autism telah berlangsung antaranya seperti “portrait photoshoot”, aktiviti-aktiviti berteraskan kreativiti serta lain-lain .

0
0