Mahasiswa, pensyarah UiTM sertai ibadah korban di Kemboja

Sebahagian peserta program Kembara Aidiladha di Kemboja dan Vietnam bergambar kenangan ketika mengadakan program korban pada 20 – 24 Ogos 2018 yang lalu.

Seramai 30 peserta terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan menyertai program amal ibadah korban peringkat antarabangsa di Kemboja dan Vietnam baru-baru ini iaitu pada 20 – 24 Ogos 2018.

Program itu diadakan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab.

Pengarah projek, Nurul Norhazirah Suziman berkata, selain menjalankan ibadah korban, mereka turut mengadakan program pembersihan masjid dan kebersihan diri serta sukaneka.

“Program tersebut diadakan dengan tujuan menambah ilmu asas kebersihan buat masyarakat tersebut selain mengeratkan silaturahim antara mahasiswa dan masyarakat setempat,” katanya.

 

Sumber: http://www.kosmo.com.my/komuniti/mahasiswa-pensyarah-uitm-sertai-ibadah-korban-di-kemboja-1.744918

0
0