Larian Gorgo meriahkan program Mobiliti UiTM

Pendaftar UiTM Azida Azmi turut mengiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

SHAH ALAM 11 Sept. Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam acara ‘GorGo Race – Queen of Sparta 2018’ yang dilangsungkan di UiTM Selangor Kampus Puncak Alam semalam. Turut mengiringi baginda ialah Pendaftar UiTM Azida Azmi.

 Acara tersebut dianjurkan oleh pihak UiTM bersempena ‘Program Amal Tabung Mobiliti Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)’ bertujuan untuk membiayai program pertukaran pelajar latihan industrinya.

Tabung itu juga digunakan untuk program persiapan bakal-bakal graduan, keusahawanan, persatuan dan kelab pelajar serta perbelanjaan tenaga pakar untuk mereka yang berada di bawah golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Penyertaan seramai kira-kira 250 peserta dalam program menarik ini adalah khusus untuk golongan wanita sahaja.

Ia berkonsepkan larian berhalangan dengan jarak kira-kira 5 kilometer dengan melalui 15 halangan melibatkan kawasan di dalam kampus tersebut.

Jenis-jenis halangan ‘GorGo Race’ yang terpaksa dirempuhi para peserta kali ini ialah Hurdles, Tyre Dragging, Wall Climbing, Water Sliding, Stairs Climbing, Mud Crossing, Balancing, Running, Rope Climb, Crocodile Crawl, Water Jug, Bag Carry, Planking, Fire Jumping dan Ice Bath.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/larian-gorgo-meriahkan-program-mobiliti-uitm-1.745567#ixzz5QtKnhDUI
© Utusan Melayu (M) Bhd

0
0