Penyertaan Fakulti Sains Kesihatan dalam E-Condev Membuahkan Hasil

Peserta dari FSK yang medang dalam National e-Content Development Competition 2018 (eConDev2018)

Pada 28.8.2018, telah berlangsung pertandingan National e-Content Development Competition 2018 (eConDev2018) yang di adakan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah menghantar 5 penyertaan yang terdiri daripada Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Optometri, Pengimejan Perubatan dan Jabatan Sains Asas.

FSK berjaya merangkul 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Selain itu, FSK juga berjaya mendapat Anugerah MOOC terbaik 2018 bagi gugusan Sains dan Teknologi.

Tahniah diucapkan kepada para peserta!

0
0