Pelajar UiTM Terpilih Sebagai Delegasi untuk Harvard Project for Asian and International Relations

Megat Iqbal Al-Hafiz Zainuddin

Tahniah dan syabas kepada Megat Iqbal Al-Hafiz Zainuddin penuntut Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknololgi MARA (UiTM) yang akan mewakili Malaysia sebagai Delegasi untuk Harvard Project for Asian and International Relations.

Program ini disertai oleh delegasi dari seluruh dunia termasuk India, China, United States, United Kingdom, Eropah, Korea dan Jepun. Ia merupakan program yang berprestij dalam arena Global. Pelajar ini ditaja penuh oleh Maybank untuk ke program ini. FSKM dan UiTM sangat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang diperolehi beliau.

Sumber: Buletin FSKM

0
0