Sumbangan Kepakaran Bahasa APB Kepada Masyarakat – Program Bahasa Inggeris ‘Highly-Immersive Programme (HIP)’

Akademi Pengajian Bahasa (APB) Cawangan Sabah telah terlibat dalam menyumbang kepakaran bahasa kepada masyarakat melalui penganjuran Program Bahasa Inggeris ‘Highly-Immersive Programme (HIP)‘ yang melibatkan seramai 72 orang pelajar dan 34 orang ibubapa dari lima (5) buah sekolah rendah di daerah Tambunan, Sabah.

Program yang diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini bertujuan menyemai tingkah laku positif ke arah pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.

Menurut Profesor Madya Jasman Jaafar, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (UiTM Cawangan Sabah), kerjasama SK Tinompok Liwan dengan UiTM Cawangan Sabah untuk menganjurkan program ini bertepatan dengan usaha APB UiTM Sabah untuk memupuk minat dan meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar khususnya di kawasan luar bandar mengenai tatacara penggunaan Bahasa Inggeris yang betul.

0
0