Penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Di Universiti Teknologi MARA

Dimaklumkan bahawa, pihak universiti menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Ke-161 pada 8 Disember 2017 telah meluluskan penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di UiTM. Pihak universiti juga telah bersetuju melantik YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling sebagai Penyandang bagi Kursi Institusi Raja-Raja Melayu ini.

Antara matlamat utama pewujudan kursi ini adalah bagi memupuk kesedaran dan mengukuhkan pemahaman rakyat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu dalam negara. Pewujudan kursi ini sangat penting dalam usaha memastikan kelestarian pemerintahan beraja dan menjamin kelangsungan negara bangsa.

Untuk tujuan urusan rasmi dan surat menyurat, alamat pejabat adalah seperti berikut:

Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
Aras 6, Bangunan PTAR 2
Universiti Teknologi MARA
40450, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

No. Tel: 03-55444114

3
0