UiTMSAT-1 dilepaskan ke orbit

(Dari kiri) KETUA Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir (kiri) bersama Prof. Ts. Dr. Mohamad Kamal Harun, wakil Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Tanigaki Fumiaki dan Ketua Unit Pengoperasian Angkasa, Agensi Angkasa Negara, Hamid Salim ( kanan) melihat lintas langsung pelepasan Satelit Nano UiTMSAT- 1 ke orbit di Dataran Komplek Kejuruteraan UiTM Shah Alam, hari ini. – UTUSAN ONLINE/SAHARUDDIN ABDULLAH

SHAH ALAM 10 Ogos – Malaysia hari ini menyaksikan detik bersejarah apabila nano-satelit pertama ciptaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTMSAT-1 telah dilepaskan ke orbit tepat pukul 5.45 petang tadi.

Detik bersejarah itu disaksikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr.Siti Hamisah Tapsir di Dataran Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menerusi siaran langsung yang dipancarkan dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Turut berada di JAXA menyaksikan detik tersebut adalah Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Prof. Ir Dr. Mohd.Nasir Taib dan Ketua Projek UiTMSAT-1, Prof Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh.

UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 29 Jun lalu. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Siti Rohaizah Zainal
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uitmsat-1-dilepaskan-ke-orbit-1.726599#ixzz5O9pcLwPR
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

0
0