Run with Dietitian (RwD)

Run with Dietitian (RwD) adalah acara larian yang dianjurkan oleh Pusat Pemakanan dan Dietetik UiTM dengan kerjasama Persatuan Dietitians Malaysia (MDA) sempena Hari Dietitian 2018. 
Ia akan diadakan pada 15 September 2018 di Kampus UiTM Puncak Alam, Selangor. RM2 dari yuran pendaftaran akan disumbangkan ke rumah amal yang terpilih. Tarikan utama selain daripada lanskap dan laluan larian yang hijau dan segar, peserta dapat khidmat nasihat pemakanan dan saringan kesihatan secara percuma.
Oleh itu, jangan ketinggalan peluang ini. 
Mari kita ambil bahagian dan meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif. 
 
#runwithdietitian
#runhardstrongheart
0
0