Lawatan FKA ke “1st International Youth Forum on Water Engineering Management”

Anjuran USM dengan Kerjasama REDAC
Tarikh : 4/7/2018-6/7/2018
Lokasi: USM, NIBONG TEBAL, PENANG

Ringkasan Aktiviti: 
1st International Youth Forum on Water Engineering Management” ini adalah sebagai satu platfrom untuk memupuk perbincangan di kalangan pelajar dan belia bagi bertukar idea dan cadangan mengenai punca dan cara penyelesaian bagi bencana berkaitan air.

Pencapaian Aktiviti (Sebelum): 
Malaysia mengalami masalah bencana air dan banjir serta pengurusannya setiap tahun. Bagi membendung masalah tersebut, pendedahan awal faktor dan impak permasalahan bencana air kepada generasi muda.

Pencapaian Aktiviti (Selepas)
1. Mengetahui agenda ‘Sustainable Development Goals (SDGs) 2030’ untuk pengurusan air.
2. Pengenalan mengenai pengurusan air dan banjir serta faktor dan impak airkepada pengguna dan negara.
3. Pengenalan secara dekat mengenai bidang kerja profesional secara terus dari pakar air dan banjir iaitu pihak REDAC dan UNESCO.

Cadangan:
Secara keseluruhan, lawatan ke forum sebegini amatlah sesuai dan digalakkan sebagai pendedahan dunia pekerjaan dan permasalahan yang sebenar semasa bekerja kepada pelajar.

Penutup:
Program anjuran REDAC, USM Penang dengan kerjasama UNESCO Regional Science Bureau, Asia adalah platfrom yang amat bagus sebagai pendedah awal pengalaman sebenar hubung kait teori di dalam kelas dan permasalah sumber air negara kita kepada pelajar sebelum mereka melangkah ke alam perkerjaan yang sebenar.

Pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang telah mengikuti program ini ialah Dr Norashikin Binti Ahmad Kamal bersama-sama pelajar;  Wira Jaya Jaidir,  Audrey Siti Anak James Valley dan Nadiatul Adilah Ahmad Abd Ghani

Foto-foto semasa lawatan:

 

0
0