Sumbangan Kepakaran Bahasa APB Kepada Masyarakat – Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-45

Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah terlibat dalam menyumbang kepakaran bahasa kepada masyarakat melalui Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-45 2018 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor. 
 
Dekan APB, Prof. Madya Dr. Hj Ahmad Mazli bin Muhammad telah dijemput sebagai hakim pertandingan kategori Bahasa Inggeris. Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah Berasrama Penuh ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Bin Datuk Haji Hussein pada tahun 1974 untuk mengasah bakat seni berpidato murid-murid dalam melahirkan bakal pemimpin yang dinamis pada masa akan datang. 
0
0