Penyediaan dokumen untuk Program LG120 di UiTM Melaka dan UiTM Johor

Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Dokumen Kursus dan Dokumen Penilaian untuk Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Professional (LG120) di UiTM Cawangan Melaka dan UiTM Cawangan Johor selama tiga (3) hari. Bengkel yang dikendalikan oleh Puan Sumarni (Ketua Pusat Pengajian APB UiTM Melaka) dan En Jafri Jawahil (Ketua Pusat Pengajian APB UiTM Johor) masing-masing bertujuan untuk membincangkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk para pelajar LG120.
 
Untuk makluman, APB menawarkan Program Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Professional (LG120) bermula September 2018. Setakat ini, seramai 64 orang (UiTM Melaka) dan 35 orang (UiTM Johor) telah mendaftar untuk program ini. 
0
0