Pelajar FSKM UiTM Jasin anjur ICMMTC 2018

DATUK Prof. Madya Sabariah Mahat (duduk tengah) menunjukkan isyarat bagus ketika bergambar bersama tenaga pengajar, wakil industri serta pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) pada majlis penutup Kolokium Informasi, Komunikasi dan Teknologi Multimedia (ICMMTC) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka kampus Jasin, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

JASIN 17 Julai – Sebanyak 296 pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka kampus Jasin di sini menyertai Kolokium Informasi, Komunikasi dan Teknologi Multimedia (ICMMTC) yang pertama diadakan di kampus tersebut di sini petang ini.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM cawangan Melaka bertujuan menarik minat pelajar tahun akhir menghasilkan penerbitan dalam bentuk penulisan akademik di samping mengkomersialkan projek yang telah dihasilkan selama tempoh setahun.

“Menerusi usaha ini, para pelajar akan mendapat saluran-saluran untuk menerbitkan projek tahun akhir mereka di dalam bentuk penerbitan akademik dan mendapat penilaian potensi pengkomersialan.

“Program ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak pelajar malah untuk fakulti, kampus dan UiTM secara keseluruhan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup kolokium itu di Perpustakaan UiTM kampus Jasin di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, enam juri industri daripada pelbagai syarikat yang terlibat dalam peluang pekerjaan di Melaka dan Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Oleh:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/pelajar-fskm-uitm-jasin-anjur-icmmtc-2018-1.710755#ixzz5LZaGxr64
© Utusan Melayu (M) Bhd

0
0