UiTM Perlis bakal jual santan segar RM9 sekilogram

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kiri) berkenan berangkat hadir merasmikan pra pelancaran santan segar produk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2018 Peringkat UiTM Perlis di Arau, Perlis.

ARAU – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis bakal menjual santan segar yang harganya RM9 sekilogram berbanding harga pasaran kini kira-kira RM12 bagi satu kilogram.

Rektor UiTM Perlis, Zailuddin Ariffin berkata, universiti itu kini mempunyai 750 pokok kelapa jenis meren dan 350 pokok kelapa jenis matag yang ditanam di ladang seluas 12 hektar.

“Selain itu, santan segar itu akan dibungkus dengan bekas yang menarik disertakan logo universiti berbanding bungkusan plastik semata-mata.
“Ini merupakan sumber pendapatan terbaharu bagi UiTM Perlis selain jualan buah mempelam harumanis dan daging rusa sejuk beku,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2018 Peringkat UiTM Perlis di Kompleks STAR di sini hari ini.
Turut berangkat hadir, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan melancarkan pra jualan santan segar produk UiTM Perlis itu. – K! ONLINE
Oleh: Megat Lutfi Megat Rahim

Sumber: http://www.kosmo.com.my/negara/uitm-perlis-bakal-jual-santan-segar-rm9-sekilogram-1.705827

Artikel berkaitan: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uitm-perlis-gerakkan-semula-jualan-santan-segar-sebagai-penjanaan-sumber-hasil-1.705762

0
0