Impian Iskandar Skillzow Ke California Tercapai & ‘FALASI’ Menang Filem Naratif Terbaik Asian Youth Indie Film Festival 2018

KUALA LUMPUR – Nama Iskandar Skillzow tidak asing lagi dalam Pertandingan Malaysia Championship of Performing Arts. Anak kelahiran Pulau Pinang yang juga merupakan pelajar semester 5 pengajian Sarjana Muda (Kepujian) Seni Halus, Fakulti Seni Halus & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak telah mendapat pingat perak dalam kategori seni pelbagai menerusi persembahan beatboxnya pada tahun yang lepas. Beliau berpeluang untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana tidak terpilih untuk mendapat tajaan dan biasiswa dari pihak penganjur.

SINTOK – ‘FALASI’ merupakan judul filem naratif arahan Adam Taufiq Suharto, pelajar semester 4 jurusan penulisan artistik, Fakulti Filem Teater & Animasi, Universiti Teknologi MARA Puncak Perdana. Filem itu telah menyertai Asian Youth Indie Film Festival 2018 (AYIFF 2018) yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 10 April 2018.

Sumber: GESTURZ, UiTM

0
0