Bertindak tegas terhadap isu tuntutan Filipina terhadap Sabah

PANGKALAN Laut Tun Sharifah Rodziah berperanan sebagai pangkalan operasi hadapan bersepadu di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat mesti bertindak tegas berhubung isu tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah.

Dr. Asri Salleh
Dr. Asri Salleh

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr. Asri Salleh berkata, ini kerana Filipina tidak pernah menggugurkan tuntutan tersebut walaupun pada masa depan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr. dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, ANC mencadangkan kemasukan Sabah sebagai wilayah ke-13 Filipina iaitu sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu kepada sistem Kerajaan Persekutuan.

Menerusi cadangan yang dikemukakan Pimentel itu, Filipina dibahagikan kepada 12 negeri Persekutuan iaitu Luzon Utara, Luzon Tengah, Luzon Selatan, Bicol, Visayas Timur, Visayas Tengah, Visayas Barat, Minparom, Mindanao Utara, Mindanao Selatan dan Bangsamoro.

Asri yang juga felo Pusat Pemerkasaan Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS) berkata, tindakan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat sama ada Sabah ingin bergabung dengan Malaysia adalah bukti bahawa Sabah pada masa itu bukan sebahagian Filipina atau Indonesia.

“Tuntutan Filipina ke atas Sabah sama seperti tindakan mengembalikan Kedah kepada Thailand atau Singapura kepada Johor atau Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Safina Ramli

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/bertindak-tegas-terhadap-isu-tuntutan-filipina-terhadap-sabah-1.609443#ixzz57cCU6oAh
© Utusan Melayu (M) Bhd

0
0