Ulangtahun FITA ke-20 : Konsert Emoji

Konsert Emoji adalah bersempena dengan 20 tahun penubuhan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Menggabungkan ramai penyanyi terkemuka dan hebat di Malaysia seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Akim & Majistret dan ramai lagi.

Konsert mega ini dianjurkan oleh FiTA dan akan diuruskan sepenuhnya oleh gabungan tenaga pensyarah, staf bersama dengan pelajar FiTA, UiTM.

Konsert Emoji akan berlangsung pada 16 dan 17 Disember 2017, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM bersempena dengan Minggu KaryaOne yang berlangsung selama seminggu iaitu dari 12 hingga 17 Disember 2017.

Untuk mereka yang berminat untuk membeli tiket, sila rujuk poster Konsert Emoji untuk maklumat lanjut.

Konsert Emoji
Konsert Emoji

Sumber: https://news.uitm.edu.my/wp-admin/post.php?post=3889&action=edit

10
0