Keterbukaan kerajaan ransang pemikiran generasi muda negara

Najib (tengah) menyampaikan Anugerah Keris Emas kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said (kanan) pada Pemanas 2017.

SHAH ALAM – Keterbukaan kerajaan dalam menyediakan platform kepada para mahasiswa untuk menyuarakan pendapat adalah bukti meransang pemikiran generasi baharu dalam arus kepimpinan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keterbukaan itu dibawa oleh beliau sebagai Perdana Menteri dalam memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Siapa yang mansuhkan ISA dan tangkap banyak orang dalam ISA. Apa hendak ditakutkan sekiranya kita buat betul, sudah tentunya mahasiswa akan bersama kita.

“Kita mahu anak-anak bebas berfikir dengan generasi hari ini adalah kesinambungan masa depan dan sebagai kerajaan kita harus menyediakan landasan agar negara menuju kejayaan,” katanya ketika menyampaikan amanat Pemanas 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini sebentar tadi.

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/keterbukaan-kerajaan-ransang-pemikiran-generasi-muda-negara-1.566091

0
0