Festival Pameran 3 Dimensi (3D) China Arts and Cultural 3D

Festival Pameran 3 Dimensi (3D) China Arts and Cultural 3D –
‘Imagination of Riverside Scene at Qingming’ anjuran HAB MEDIA KREATIF & TEKONOLOGI UiTM

Pameran berteknologi 3D yang dianjurkan oleh HAB MEDIA KREATIF & TEKNOLOGI UiTM ini adalah buat julungkalinya bakal diadakan di negara ini. 

Ianya dikendalikan dengan kolaborasi oleh Crystal Digital Technology Co. Ltd., sebuah syarikat dari Shanghai yang telah banyak pengalaman dalam pengendalian pameran bertaraf dunia seperti di Olympic Games Beijing 2008, Shanghai World Expo 2010 dan Olympic Games London England 2012.

Pameran sebegini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari para pengunjung beberapa buah negara. Antaranya Hongkong (960 ribu pengunjung), Macao (180,000 pengunjung), Taiwan (1.2 juta pengunjung) dan Singapura (150,000 pengunjung).

China Arts and Cultural 3D – Imagination of Riverside Scene at Qingming ini akan memberi pengalaman berbeza kepada pelawat untuk merasai suasana lebih realistik berbanding pameran 2D yang lain.

Dalam festival ini, para pangunjung akan melalui suatu pengalaman baru untuk melihat imbauan semula suasana pengkisahan tentang pembangunan ekonomi di Zaman Dinasti Song China dengan secara visual berteraskan kesenian Relic Painting yang dipaparkan sepanjang pameran. 

Ini akan menjadi lebih menarik dengan menontonnya secara teknologi digital Visual Reality (VR) dan Intelligent Navigation System yang akan menampakkan kesan realiti visual yang begitu mantap dan mempersonakan.

1
0