JOM SIHAT – MERDEKA WALK 2017

23 Ogos 2017 (Rabu) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi  Fakulti Kejuruteraan Kimia telah menganjurkan Program Jom Sihat yang kedua pada awal pagi Rabu lalu bertempat di Ruang Legar Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah dengan pengisian ‘Merdeka Walk 2017’ bagi meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia sekaligus merealisasikan salah satu aktiviti Bulan Inovasi UiTM 2017.

Program ini telah dirasmikan oleh Prof Dr Norazah Abd Rahman, Dekan FKK. Seramai 120 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada staf dan pelajar. Objektif Program adalah untuk menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan warga FKK serta memupuk semangat patriotik cintakan tanah air. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Encik Mohd Nazri Sulaiman. Bacaan doa menyusul selepas aktiviti senamrobik. Perasmian dan pelepasan untuk aktiviti merdeka walk adalah pada 8.45 pagi.

Para peserta dibekalkan dengan bendera untuk dikibarkan sepanjang 2.5km perjalanan yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat juga booth Klinik Andalusia yang menawarkan pemeriksaan dan konsultasi kesihatan secara percuma. Program diakhiri dengn penyampaian hadiah cabutan bertuah. Program bersurai sekitar jam 12.00 tengahari.

0
0