Program Bicara Tokoh bersama YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang – Green Innovation

UiTM Shah Alam – Program Bicara Tokoh dengan tema ‘Green Innovation’ telah dianjurkan oleh Pejabat Akademik INTEC Education College dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM bersempena Bulan Inovasi UiTM 2017. Program ini telah menampilkan seorang tokoh istimewa, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang telah membicarakan isu berkaitan Inovasi dan Teknologi Hijau. Beliau merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan telah banyak menyumbang kepakarannya dalam bidang akademik yang menjurus kepada pengurusan dan teknologi alam sekitar terutamanya dalam rawatan air dan air sisa, strategi pelestarian sumber, dan ekologi industri.

Program ini berlangsung pada 21 September 2017 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi di Dewan Besar INTEC. Seramai 658 orang peserta di kalangan 294 pelajar UiTM, 233 pelajar INTEC, 91 pensyarah INTEC dan 40 pensyarah UiTM, serta kakitangan KeTTHA telah memenuhi Dewan Besar INTEC bagi menyertai program tersebut. Program ini juga turut di hadiri oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Professor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said.

Diharapkan agar program ini dapat membuka minda dan memberikan pencerahan terhadap isu-isu terkini berkaitan teknologi dan inovasi hijau dan bagaimana penglibatan masyarakat ke arah masa depan yang lebih selamat.

 

0
0