SIMPOSIUM KECEMERLANGAN OPERASI 2017

Naib Canselor UiTM telah menetapkan Kecemerlangan Operasi sebagai salah satu Projek Keutamaan yang perlu dilaksanakan oleh pihak InQKA. Untuk memastikan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) diseluruh sistem UiTM membuat penambahbaikan kepada proses sedia ada. Unit Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi, InQKA telah dipertanggungjawabkan sebagai peneraju dan pemantau operasi, proses kerja dan aktiviti setiap PTJ supaya lebih cekap, berkesan, menjimatkan dan memuaskan hati pelanggan.

Simposium Kecemerlangan Operasi 2017 ini julung-julung kali diadakan di UiTM bagi memberi pengiktirafan kepada semua PTJ yang telah melaksanakan penambahbaikan proses. Bertemakan “Operational Excellence Through Process Improvement“, simposium ini diharapkan dapat memberikan suntikan kepada semua warga UiTM untuk berterusan melaksanakan penambahbaikan melalui inovasi bagi mencapai kecemerlangan operasi secara keseluruhannya.

 

Objektif Program

Simposium ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

  1. Menghargai penglibatan semua pihak sepanjang projek Kecemerlangan Operasi ini dijalankan dari Jun 2016 sehingga kini.
  2. Berkongsi pengetahuan tentang penambahbaikan proses kerja yang telah dilaksanakan di PTJ dan impak yang dapat dizahirkan.
  3. Membudayakan Kecemerlangan Operasi di seluruh universiti.

Peserta

Simposium ini disertai oleh Ketua PTJ, Ketua Unit Kualiti (KUK) dan Operational Excellence Trainer dari 60 PTJ yang terlibat. Pihak penganjur juga telah menjemput penceramah jemputan iaitu Prof Dr. Nigel Grigg, Professor of Quality Systems Massey University, New Zealand bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelaksanaan kecemerlangan operasi oleh organisasi lain.

1
0