BOLD NEXUS KONGSI IDEA SEGAR GRAFIK MASA KINI

SELANGOR – Baru-baru ini telah berlangsungnya pameran Bold Nexus oleh pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik & Media Digital, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD), Universiti Teknologi MARA Puncak Alam di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Diadakan selama dua hari bermula dari 23 Januari hingga 24 Januari, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat turut disusun seperti forum, persembahan muzik serta gerai jualan produk tempatan. Bold Nexus dikendalikan sendiri oleh 143 orang pelajar jurusan tersebut.

0
0