Penyelidik AD UiTM Terima Dua Anugerah Emas di ITEX17

KUALA LUMPUR-  Kumpulan penyelidik dari AD UiTM telah merangkul anugerah emas di ITEX 17 (28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ITEX merupakan acara tahunan yang diadakan dalam memberi peluang kepada pencipta dan pereka mempamerkan rekaan mereka untuk dikomersilkan. ITEX 2017 menghimpunkan lebih 1000 rekaan dan inovasi dari 24 buah negara seluruh dunia.

Mereka diketuai oleh Dr. Haszlin Shaharudin serta ahlinya Dr. Nadia Mustafa, Dr. Mohammad Azroll Ahmad, Profesor Dr. Norwani Md. Nawawi dan seorang pelajar Siti Maisarah Kamarul Bahrain dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka berjaya merangkul emas dalam kategori reka bentuk perindustrian.

0
0