UiTM ENTREPRENEURIAL AWARDS (UiEA) 2016/2017

Khamis, 25 Mei 2017 – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memulakan inisiatif dalam memperkenalkan pertandingan Ministry of Higher Education Entrepreneurial Awards (MEA) bermula pada tahun 2012. UiTM selaku salah satu universiti awam di Malaysia telah memasuki pertandingan yang diadakan ini dan telah dinobatkan sebagai pemenang utama Universiti Keusahawanan (Entrepreneurial University) selama tiga kali berturut-turut (tahun 2012, 2013 dan 2014/2015).

Sebagai usaha berterusan dalam memperkasakan agenda keusahawanan UiTM, Malaysian Academy of SME Entrepreneurship Development (MASMED) meneruskan inisiatif pertandingan keusahawanan peringkat universiti, iaitu ‘UiTM ENTREPRENEURIAL AWARDS (UiEA 2016/2017)’.

Adalah menjadi hasrat UiTM agar semua kampus dan fakulti mengambil peluang menyertai pertandingan ini dalam membudayakan keusahawanan di persekitaran institusi serta membuka minda mahasiswa bahawa keusahawananan adalah satu kerjaya pilihan pada masa kini.

Sebanyak 8 Fakulti dan 13 kampus UiTM telah menyertai pertandingan UiEA 2016/2017 mengikut kategori-kategori yang dipertandingkan seperti tersenarai di bawah:

i. Kategori A (Institutional Award)
Juara Keseluruhan (Kampus & Fakulti) memenangi wang tunai berjumlah RM11,000.00 beserta trofi

ii. Kategori B (Best Student/Graduate Enterprise)
Juara (Kampus & Fakulti) memenangi wang tunai berjumlah RM2,500.00 beserta trofi

iii. Kategori C (Best Entrepreneurship Project)
Juara (Kampus & Fakulti) memenangi wang tunai berjumlah RM2,500.00 beserta trofi

iv. Kategori D (Best Entrepreneurship Mentor / Coach)
Juara (Kampus & Fakulti) memenangi wang tunai berjumlah RM2,500.00 beserta trofi.

Pihak MASMED juga telah memberi penganugerahan kepada seorang koordinator MASMED yang paling komited sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang Koordinator. Beliau telah memenangi wang tunai berjumlah RM2000.00 beserta trofi.

Majlis Kemuncak Penyampaian Anugerah ‘UiTM Entrepreneurial Awards (UiEA) 2016/2017’ telah diadakan dengan penuh eksklusif dan gilang-gemilang pada 25 Mei 2017 bertempat di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre.

TAHNIAH KEPADA PEMENANG!

0
0