Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2017

UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin akan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2017 pada 20hb Mei hingga 24hb Mei 2017. Pertandingan ini merupakan program yang dianjurkan pada setiap tahun bersempena dengan ulang tahun kesatria yang ke-41 pada tahun 2017 ini. Sejumlah 500 orang pelajar yang terdiri daripada Komander Kesatria daripada seluruh sistem UiTM yang akan menyertai pertandingan ini.

Pertandingan yang julung-julung kali nya di adakan di UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin ini adalah bertujuan memupuk budaya disiplin, kerja berpasukan, berfikiran kritis dan menyelesaikan masalah serta mempertingkatkan semangat jati diri dan daya juang dikalangan komander kesatria UiTM.

Antara acara yang akan dipertandingkan adalah Extreme Outdoor Quest (EOQ), tempur tanpa senjata, survival skill, fox hunting, jalan lasak, futsal dan bola jaring. Kesemua pertandingan ini akan dijalankan di sekitar kampus jasin, kampung seri mendapat,merlimau dan chin chin.

Perlancaran pertandingan ini akan disempurnakan oleh Prof. Madya Sr. Hj. Mohammed Yaziz Hj. Ahmad merupakan Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM pada 21hb Mei 2017 dan akan berlangsung di Foyer Blok Kuliah UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin.

Akhir sekali, Majlis penutup serta penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah iaitu Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi yang akan berlangsung pada 23 Mei 2017 di Dewan Taming Sari UiTM cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin di talian 06-2645016 atau 06-2645442.

Mohd Syazwan bin Karim
Penyelaras Unit Komunikasi Korporat
UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

0
0