Teater “We Are Human” Usahasama UiTM dan UNHCR

Universiti Teknologi MARA (Usahasama FSPPPAPB dan FITA) buat julung kalinya, berkolaborasi dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) akan menganjurkan satu persembahan teater unik bertajuk We Are Human”.

Teater ini akan mempersembahkan pengalaman perang, cabaran kehidupan seorang pelarian dan harapan masa depan mereka di sebalik kerinduan kepada ahli keluarga dan negara yang ditinggalkan.

Teater refugee ini akan dilakonkan sendiri oleh lapan anggota pelarian di bawah lindungan UNHCR pada:

Tarikh: 23 Mei 2017 Selasa                            
Masa: 8.30 hingga 9.30 malam
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor 
Tiket: RM 10 (Pelajar) RM 20 (Kakitangan/ Orang Awam)
(Penjualan tiket akan dimaklumkan kemudian)

Dengan usaha murni ini, pihak penganjur memohon sokongan dari seluruh warga UiTM untuk hadir bagi menyaksikan satu persembahan sekali-seumur-hidup ini secara langsung.

Sebahagian (50%) dari harga tiket akan didermakan kepada anggota pelarian ini bagi membantu mereka menjalankan kehidupan yang baik.

0
0