100 Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan Menduduki Peperiksaan Kepegawaian Olahraga KOAM Level 3

Baru-baru ini telah berlangsung Kursus Kepegawaian Olaharaga KOAM Level 3 di Fakulti Pendidikan. Seramai 100 orang pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor telah mengambil bahagian.

Kesatuan Olaharaga Malaysia (KOAM) telah menghantar 2 orang instruktor iaitu En Rahim Zainal dan En Punavesaran sepanjang kursus tersebut. Jumlah peserta dalam kursus ini adalah yang paling ramai berbanding dengan pusat-pusat kursus di negeri lain yang turut sama menganjurkan kursus ini.

Pada 12hb Oktober 2019, peperiksaan ini telah berlangsung serentak di seluruh negara dan sekali lagi peserta telah melalui tempoh kursus dan peperiksaan dengan jayanya. KOAM berharap kursus ini boleh dilakukan setiap tahun agar pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, serta pelajar dari pelbagai bidang lain dapat turut sama menyertai kursus seumpama ini.

1
0