Academic and Cultural Heritage Program 2023

MELAKA, 14 September 2023 – Telah berlangsung program “Academic and Cultural Heritage Program 2023” dari 7 September hingga 14 September 2023 bertempat di Universitas Muhammadiyah Makassar, Indonesia.

Seramai 36 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah termasuk 15 orang pelajar dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka terlibat dengan aktiviti antaranya “Traditional and English classes”, “Knowledge Sharing”, “Visiting Lecture”, perbincangan meja bulat, program khidmat masyarakat, cadangan penerbitan dan geran serta modul-modul di dalam kelas.

Program ini dipimpin dan diringi oleh Timbalan Rektor PJI, Dr Nur Hayati Abd Rahman dan Dr Idris Osman, Pensyarah Kanan FPP.

Semoga Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta UiTM terus memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dan pensyarah dalam program silang budaya antarabangsa seperti ini pada masa hadapan.